lightning-solid
Berita :
Hujan Berterusan Diramal Landa Beberapa Negeri Mulai 5 Disember
Hujan Berterusan Diramal Landa Beberapa Negeri Mulai 5 Disember
Rohayati Ripin
1 hari yang lepas
766

KUALA TERENGGANU, 3 Disember - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sarawak dan Sabah dari 5 hingga 8 Disember ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr. Mohd Hisham Mohd Anip berkata hujan berterusan dijangka berlaku di Sabah melibatkan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat dari 5 hingga 6 Disember.

Katanya, hujan berterusan turut dijangka berlaku dari 6 hingga 7 Disember di Kelantan membabitkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh, seluruh Terengganu dan Pahang (Kuantan, Pekan serta Rompin).

“Pada 7 dan 8 Disember, hujan berterusan diramal berlaku di Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor manakala Sarawak di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong) , Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah dan Bintulu,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca atau menerusi platfom media sosial jabatan itu, selain menghubungi talian hotline1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan.


Tag :

Artikel Berkaitan