I-MiTS Bukit Besi Santuni Ibu Bersalin

DUNGUN, 29 September- Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi mengadakan ziarah kepada ibu bersalin di DUN berkenaan.

Penolong Penyelia i-MiTS DUN berkenaan, Zakiah Alias berkata, setiap kali menerima perkhabaran mengenai kelahiran cahaya mata, pihaknya akan menziarahi keluarga terbabit.

"Kita akan terus ke rumah mereka bersama dengan Hal Ehwal Wanita i-MiTS, beliawanis dan juga Muslimat PAS. Dimana kita melihat program ziarah ini dapat menyentuh atau mengembirakan para ibu dan ianya menjadi salah satu kebajikan yang kita lakukan.

"Bagi memastikan lebih memaknai pertemuan dan sebagai tanda ingatan, sedikit hadiah dan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, sejurus mengadakan ziarah ibu bersalin di sini, hari ini.

Zakiah berkata, maklumat berkenaan ibu bersalin didapati melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di seluruh DUN Bukit Besi.

"Program ziarah dilakukan dengan menyasarkan 10 orang setiap hari, dimana merangkumi bukan sahaja ibu bersalin malah turut menziarahi warga emas.

"Juga mereka yang diuji dengan kesakitan, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan sebagainya yang telah kita tetapkan sebagai wajib untuk kita ziarahi.

"Semoga program kebajikan yang kita lakukan ini menepati dengan kehendak kerajaan negeri didalam memastikan setiap rakyat berada didalam keadaan sejahtera," ujarnya.


Tag: