Berita :
20 Universiti Awam Terima Hibah 5,000 Mushaf Sultan Mizan Zainal Abidin
20 Universiti Awam Terima Hibah 5,000 Mushaf Sultan Mizan Zainal Abidin
Mohd Irsyadi Abu Bakar
2 jam yang lepas
46

KUALA NERUS, 10 Mac - Sultan Terengganu, DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli menyempurnakan hibah 5,000 buah mushaf Al-Quran kepada 20 universiti awam, hari ini. 

Dalam Majlis Hibah yang berlangsung di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu, Baginda berangkat tiba diiringi DYTM Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin bersama YAM Tengku Sri Setia Mahkota Raja dan YAM Tengku Puteri Utama Raja pada jam 10.10 pagi.

Keberangkatan tiba Baginda disambut Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, To' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman.

Hadir sama menyambut keberangkatan tiba ialah Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato' Mohd Azmi Mohamad Daham dan isteri, To' Puan Sharifah Man, Pegawai Undang-undang Negeri, Mohd Nawawi Ismail dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.

Turut hadir Timbalan Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Fakhrul Razi Ab Wahab dan Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Family Takaful Berhad (EFTB), Zafri Ab Halim.

Inisiatif berkenaan merupakan usaha strategik antara UMT dan EFTB melalui sumbangan Dana Amal Jariah berjumlah RM375,000.

Sebanyak 1,600 'Mushaf Sultan Mizan Zainal Abidin' itu turut dihibahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk diedarkan ke seluruh negara dalam usaha menyokong program 'Jom Exchange Quran'.

Majlis julung kali diadakan itu bukan sahaja menzahirkan kebersamaan usaha pelbagai pihak menjaga kalamullah, sekali gus menyahut kempen KDN 'Ke Arah Sifar al-Quran Tanpa Perakuan.

Sebagai rekod, sejak 2023 sehingga kini, sebanyak 17,600 Mushaf Sultan Mizan Zainal Abidin telah dihibahkan iaitu 3,600 pada tahun 2023, 9,000 pada tahun 2025 dan 5,000 pada hari ini.



Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan