KUALA NERUS, 10 Mac - Menyedari bahawa pendidikan mampu mengubah haluan keluarga asnaf, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melaksanakan program Asnaf to Asnaf (A2A) bagi memperkasakan kecemerlangan asnaf murid dari kalangan komuniti persisir pantai daerah Kuala Nerus.
Menurut Naib Canselor UMT, Professor Ts Dr Zamri Ibrahim, sejak dilaksanakan pada tahun 2020, seramai 925 murid telah dibimbing oleh 305 guru Asnaf Mahasiswa UMT.
Bermula sejak tahun 2020, program usahasama bersama Etiqa Family Takaful Berhad (EFTB) yang telah memasuki penggal keempat, memberikan ruang pembelajaran lebih kondusif untuk pelajar di samping pemerkasaan pendidikan secara percuma.

"Manakala, 95 peratus asnaf mahasiswa telah berjaya meningkatkan kemahiran sosial dan mendapat pekerjaan," jelasnya menerusi persembahan ucapan dalam Majlis Hibah Mushaf Sultan Mizan Zainal Abidin di UMT, hari ini.
Sultan Terengganu, DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin turut berkenan mencemar duli menyempurnakan sumbangan zakat kepada 10 asnaf mahasiswa UMT dan 207 asnaf murid sekolah rendah dan menengah dalam majlis berkenaan.

Tag :