Al-Quran Pemangkin Perubahan Sikap dan Budaya Hidup Masyarakat
Noraini Jusoh
7 jam yang lepas
92
Oleh : Syahida Mohd
KUALA NERUS, 25 Oktober – Al-Quran perlu dijadikan panduan dalam kehidupan seharian dan bukan sekadar dibaca malah perlu dihayati serta diamalkan bagi membentuk masyarakat yang berakhlak mulia, berdisiplin dan mengamalkan budaya hidup positif.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim berkata, penghayatan terhadap al-Quran perlu diterjemah melalui perubahan sikap dan umat Islam seharusnya menjadikan al-Quran sebagai asas pembentukan akhlak dan panduan dalam setiap tindakan.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan bahawa pembentukan generasi berkualiti perlu bermula sejak di bangku sekolah agar nilai murni dan penghayatan al-Quran dapat diterapkan sejak usia muda sepertimana yang ditunjukkan oleh generasi para sahabat terdahulu.

Katanya, beliau berharap agar program seumpama itu dapat diteruskan bagi menyemai budaya al-Quran dalam kalangan masyarakat serta melahirkan generasi yang bukan sahaja membaca kalam Allah malah memahami, menghayati dan mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian.