lightning-solid
Berita :
'Board Of Peace' Gaza  Perancangan Terancang
'Board Of Peace' Gaza Perancangan Terancang
Rohayati Ripin
10 jam yang lepas
32

KUALA TERENGGANU, 22 Januari – Cadangan Amerika Syarikat untuk menubuhkan sebuah badan khas bagi mengurus dan mentadbir Gaza disifatkan sebagai satu perancangan terancang untuk menyelamatkan Israel serta menyekat kebangkitan rakyat Palestin.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi,  'board of peace' adalah cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS) dicadangkan diwakili oleh individu terpilih daripada beberapa negara tertentu termasuk negara Islam.

"Namun hakikatnya ia merupakan satu bentuk campur tangan asing terhadap kedaulatan Gaza.

“Kita melihat ini sebagai satu perancangan untuk menyelamatkan Israel, dalam masa yang sama bertujuan menyekat kebangkitan rakyat Palestin,” jelasnya.

IMG_20260122_122537_803.jpg 1.76 MB
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas Seminar Asas Kesedaran Pemikiran Dalam Islam yang berlangsung di Dewan Auditorium Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, Selasa lalu.

Menurut beliau, walaupun situasi kemanusiaan di Gaza ketika ini amat menyedihkan, perjuangan rakyat Palestin tetap perlu diteruskan demi mempertahankan tanah air mereka daripada penjajahan.

Dalam pada itu, Dr Khalil menjelaskan bahawa kumpulan-kumpulan pejuang Palestin khususnya Hamas menerima cadangan genjatan senjata secara positif, namun tetap berpegang kepada syarat-syarat yang tegas dan tidak boleh diganjakkan.

Antara syarat utama ialah memastikan Gaza tidak ditakluk oleh negara haram Israel serta penegasan bahawa mereka tidak akan meletakkan senjata kerana perjuangan tersebut adalah sah di sisi undang-undang antarabangsa.

“Tindakan rakyat yang bangkit menentang penjajahan di negara mereka sendiri merupakan satu keperluan dan diiktiraf oleh undang-undang antarabangsa serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya.

Beliau menambah, mana-mana negara yang dijajah dan ditakluk, rakyatnya mempunyai hak dan keperluan untuk bangkit menentang penjajahan tersebut.

“Oleh itu, kewujudan kumpulan-kumpulan pejuang di Palestin adalah sah dan diiktiraf di sisi undang-undang antarabangsa,” katanya lagi.


Tag :

Artikel Berkaitan