lightning-solid
Berita :
LPT2 Tambah Kemudahan, Petugas Sambut 'Orang Tranung' Balik Kampung
LPT2 Tambah Kemudahan, Petugas Sambut 'Orang Tranung' Balik Kampung
Mohd Irsyadi Abu Bakar
1 jam yang lepas
35

KUALA NERUS, 16 Februari - Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn Bhd telah melakukan pelbagai persediaan menjelang pertambahan aliran trafik ke Terengganu berikutan cuti Tahun Baru Cina yang bermula esok.

Pengurus Wilayah LPT2, Mohamad Pazli Kasim berkata, untuk menghadapi penambahan trafik,LPT2 telah menambah lorong tambahan di tol Kuala Terengganu dan menempatkan dua kemudahan tambahan di lorong tersebut.

 "Ini sebab Kuala Terengganu kita telah kenal pasti sebagai salah satu laluan keluar ke bandaraya Kuala Terengganu disamping Ajil.

"Kita ada 200 lebih petugas dan juga telah mengambil anggota Rela sebanyak 200 orang untuk ditempatkan di lokasi-lokasi strategik, di plaza-plaza tol untuk menghadapi penambahan bilangan trafik.

"Kita ada 10 plaza tol dan sekiranya terjadi kemalangan luar jangka, kita telah menyediakan penambahan bekalan petrol oleh petugas, disamping penambahan trak penunda dan kren di lokasi-lokasi strategik," jelasnya ketika ditemui dalam Pelancaran Ops Selamat ke-25/2026 bersama Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu sempena perayaan Tahun Baru Cina di Tol Gemuruh, hari ini.

SAI_0931 .jpg 1.42 MB
Tambahnya, rekod LPT2 pada hari Sabtu menunjukkan sebanyak 46 ribu trafik masuk dibandingkan sebanyak 25 ribu pada hari-hari biasa. 

"Semalam pun meningkat kepada 38 ribu aliran trafik berbanding hari biasa, (laluan keluar) Kuala Terengganu sahaja sebanyak 16 ribu, lebih kurang tiga kali ganda pada masa biasa," ujarnya.

Beliau turut menyatakan bahawa petugas LPT2 melakukan rondaan selama 24 jam bagi membantu pengguna lebuh raya berkenaan.






Tag :

Artikel Berkaitan