lightning-solid
Berita :
Polis Jangka 350,000 Perantau Pulang Sambut Ramadan
Polis Jangka 350,000 Perantau Pulang Sambut Ramadan
Mohd Irsyadi Abu Bakar
20 jam yang lepas
33

KUALA NERUS, 16 Februari - Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu menjangkakan aliran trafik minggu ini akan meningkat mengambil kira sambutan Tahun Baru Cina dan sambutan Ramadan terutama di pantai timur.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin memaklumkan, pihaknya menjangkakan pertambahan trafik ke 350,000 berbanding 300,000 pada waktu biasa.

"Untuk kali ini, seramai 503 anggota PDRM Terengganu akan bertugas sepanjang tempoh kempen ini berlangsung dengan seluruh kontinjen Terengganu dari Kemaman hingga ke Besut.

"Kita cuba sedaya upaya mengurangkan kemalangan maut untuk berlaku, dengan menguatkuasakan undang-undang yang boleh mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

SAI_2097 .jpg 1.62 MB
"Kita juga tidak akan kompromi yang mana jika melakukan kesalahan, akan disaman RM300 dan tidak boleh diskaun (bagi enam kesalahan utama) iaitu memandu melebihi had laju, tidak mematuhi lampu isyarat, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, memotong barisan dan juga menggunakan alat telekomunikasi semasa memandu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Pelancaran Ops Selamat ke-25/2026 di Tol Gemuruh, hari ini.

Tambahnya, bermula 15 Februari sehingga 20 Februari dengan fokus utama 'Rumah Selamat dan Selamat Sampai ke Destinasi', Polis Terengganu akan memperluaskan pemantauan di lokasi-lokasi berisiko dengan penubuhan 'jammed skuad' yang menumpukan 23 hot spot (kawasan sesak) dan 22 black spot (kawasan berisiko tinggi kemalangan).

"Untuk tahun 2026 ini, kita tidak hanya memfokuskan keselamatan jalan raya, tetapi juga kepada keselamatan rumah. 

"Kami mengharapkan bagi yang memulakan perjalanan supaya melaporkan ke balai-balai berdekatan atau melalui aplikasi VSP dan pihak kami akan dimaklumkan dengan sistem tersebut. Sehingga hari ini, seramai 27 pengguna telah melaporkan melalui sistem VSP dan kita akan pantau.

"Untuk pemantauan rumah-rumah, kita akan menggerak unit MPV dan URB iaitu seramai 257 orang, termasuk balai-balai.

SAI_1121 .jpg 1.57 MB
"Masyarakat boleh juga menyalurkan maklumat sepanjang tempoh jiran-jiran meninggalkan rumah ke talian hotline 999 (CCC/DCC), aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) 2.0. dan balai-balai berdekatan," katanya.




Tag :

Artikel Berkaitan