KUALA TERENGGANU, 2 Februari – Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah gambaran tepat bagi musibah yang menimpa seorang usahawan anak jati Teluk Menara apabila kedai mainan miliknya, Boss Spark Hobby Toys , musnah sepenuhnya dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Tok Kaya, baru-baru ini.
Insiden menyayat hati itu bukan sahaja mengakibatkan kerugian harta benda yang besar, malah meranapkan punca rezeki utama mangsa yang lebih dikenali sebagai Boss Spark dalam sekelip mata.


Apa yang menarik perhatian dan menyentuh hati para petugas yang hadir adalah ketabahan luar biasa yang dipamerkan oleh Boss Spark.
Meskipun berdepan ujian getir, beliau dilihat tenang dan menyambut kehadiran pihak PKM dengan senyuman yang cukup ikhlas.
“Apa yang menyentuh hati, walaupun beliau baru sahaja kehilangan harta benda, beliau tetap menyambut kunjungan kami dengan tenang dan positif. Inilah jati diri yang cukup hebat,” kata salah seorang wakil PKM.
Menurut Boss Spark, harta boleh dicari, semangat jangan sekali-kali mati.
Itulah prinsip yang dipegang teguh oleh beliau, sekali gus mencerminkan jati diri penduduk Manir yang terkenal dengan sifat sabar dan cekal menghadapi dugaan hidup.
