Artikel "Komuniti" Terkini
UMT Terima Dana RM460,000 Bagi Inovatif Pemulihan Terumbu Karang 'Larval-Highway'
KUALA NERUS, 10 November – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terus memperkukuh reputasinya sebagai peneraju dalam bidang sains marin apabila penyelidiknya, Prof. Madya Dr. Tan Chun Hong dari Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM) berjaya menerima dana antarabangsa sebanyak USD$99,244.00 (kira-kira RM460,000) daripada Coral Research & Development Accelerator Platform (CORDAP).Pembiayaan itu...
10 Nov 25
397
ADUN Pengkalan Berangan Santuni Mahasiswa UUM
KEDAH, 10 November – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong, berkesempatan bertemu dan berinteraksi dengan mahasiswa Terengganu sempena Program Townhall Mahasiswa Perantau Zon Utara 1 yang berlangsung di Puteri Palmera Glass Hall, Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, baru-baru ini.Sebagai ayah angkat kepada mahasiswa Terengganu yang menuntut...
10 Nov 25
308
Bomba Sukarela 'Tonik Tambahan' Hadapi Banjir
DUNGUN, 10 November– Satu perjumpaan telah diadakan antara Balai Bomba AMBS dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) bagi membincangkan langkah-langkah kesiapsiagaan menghadapi musim monsun yang dijangka melanda tidak lama lagi.Perjumpaan yang berlangsung di Balai Bomba AMBS itu telah dihadiri seramai 25 orang anggota sukarelawan, termasuk Pengerusi PBS, Puan Nor Hayati Hamzah. ...
10 Nov 25
256
Inisiatif Patriotisme Berterusan Kukuhkan Semangat Cinta Negara Dalam Kalangan Rakyat
KUALA LUMPUR, 9 November - Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli meminta Menteri Komunikasi menjelaskan keberkesanan program Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang dalam memupuk semangat patriotik dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama.Menjawab soalan itu di Dewan Rakyat, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menegaskan bahawa patriotisme...
09 Nov 25
373
SM Barber Rampas Piala ADUN Sura, Juara Kali Kedua
DUNGUN, 9 November - SM Barber kembali menjuarai Kejohanan Bola Sepak Pantai Piala ADUN Sura buat kali kedua selepas mara ke peringkat akhir dan menjuarai perlawanan penentuan di Pantai Sura Tengah.Kemenangan itu menamatkan penantian pasukan yang hanya meraih tempat ketiga pada 2024, manakala pada 2023 mereka juga muncul juara. IMG_8790.JPG...
09 Nov 25
503
Ajil Fun Walk 2025 Tarik Lebih 1,000 Peserta
HULU TERENGGANU, 9 Nov – Program Ajil Fun Walk 2025 yang berlangsung meriah pagi semalam berjaya menarik penyertaan lebih 1,000 peserta terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat sekitar Hulu Terengganu.Program anjuran Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Ajil itu bermula seawal jam 7.30 pagi di dataran Ajil Trade Centre dengan pelepasan peserta disempurnakan...
09 Nov 25
639
Sukan Rakyat Pupuk Semangat Perpaduan
BESUT, 9 November – Program Sukan Rakyat Mukim Pasir Akar dan Tenang berlangsung dengan penuh meriah serta mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat setempat.Penganjuran program tersebut telah berjaya menghidupkan semangat kesukanan di peringkat komuniti, di samping memperkukuh hubungan silaturahim dan semangat muafakat antara penduduk Mukim Pasir Akar dan Tenang.FB_IMG_1762650757008.jpg 181.93...
09 Nov 25
423
Bina SPEG-KOM Selesaikan Masalah Gangguan Gajah Liar
HULU TERENGGANU, 5 November – Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu dan penduduk Kampung Basung telah berjaya membina Sistem Pagar Elektrik Gajah-Komuniti (SPEG-KOM) sebagai usaha menyelesaikan masalah gangguan gajah liar di perkampungan terbabit.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong, merangkap Timbalan...
06 Nov 25
374
Diuji Buah Pinggang Rosak Total, Anak OKU Tetap Berjaya Genggam Ijazah
BESUT, 4 November – Kisah perjuangan seorang anak muda Orang Kurang Upaya (OKU) dari Terengganu, Allahyarham Mohd Faizal Ismail atau Adik Ja, terus menjadi inspirasi ramai apabila beliau berjaya menamatkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM) meskipun diuji penyakit kronik sepanjang satu dekad.Pada usia 19 tahun, Allahyarham disahkan mengalami kerosakan...
05 Nov 25
510
Maembong Angkat Wajah Warisan Malaysia di Muzium Terengganu
KUALA TERENGGANU, 4 November – Pameran Wajah Warisan Malaysia hasil karya Tokoh Seni Negara, Ismail Embong atau lebih dikenali sebagai Maembong kini sedang berlangsung di Serambi Mandalika, Muzium Negeri Terengganu.Pameran yang bermula 15 Oktober hingga 15 November depan menampilkan 70 karya seni yang menggambarkan wajah dan personaliti mewakili setiap negeri...
04 Nov 25
540