Artikel "Semasa" Terkini
Terengganu Desak Campur Tangan Antarabangsa Pastikan Peserta GSF Selamat
MARANG, 2 Oktober – Kerajaan Negeri Terengganu menegaskan komitmen untuk terus memberi tekanan terhadap rejim Zionis Israel serta mendesak campur tangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) demi membela aktivis kemanusiaan Malaysia yang menyertai Misi Global Sumud Flotilla (GSF), selepas sebahagian mereka dilaporkan ditahan sejak semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan...
02 Oct 25
311
Dua Anak Muda Sasar Kedai Kopi Sebaris Jenama Tersohor
SETIU, 2 Oktober - Bermula dari sebuah gerai kopi kecil di Pantai Kampung Mangkok, dua anak muda, Rabiatull Adawiyyah Mohd Kahar dan Nur Nadirah Mat Yunus, masing-masing berusia 23 tahun, kini mengimpikan untuk membawa jenama SNA Coffee sebaris dengan jenama-jenama kopi terkenal di pasaran.
Pengusaha, Rabiatull Adawiyyah, berkata gerai mereka...
02 Oct 25
919
Presiden PAS Kecam Sokongan AS kepada Israel
MARANG, 2 Oktober — Kira-kira 2,000 rakyat Terengganu berhimpun secara aman di perkarangan Masjid Rusila petang ini sempena Himpunan Solidariti Global Sumud Flotilla bagi menyatakan sokongan penuh terhadap perjuangan rakyat Palestin dan mengecam kezaliman rejim zionis Israel.
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam ucapannya menegaskan bahawa penindasan terhadap...
02 Oct 25
366
Buluh Berpotensi Jadi Pemangkin Industri Baharu Negara
HULU TERENGGANU, 2 Oktober– Kerajaan melihat perladangan buluh sebagai satu sektor baharu yang berpotensi tinggi untuk menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara pada masa hadapan.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin berkata, pasaran eksport buluh global terus berkembang apabila nilainya dijangka meningkat daripada AS$70.78 bilion (RM299.43...
02 Oct 25
374
Tarif Air : Kerajaan Terengganu Beri Subsidi Sehingga 30 Peratus
KUALA TERENGGANU, 2 Oktober – Kerajaan Negeri mengumumkan akan menanggung subsidi bil air dengan nilai RM24 juta setahun bagi meringankan beban rakyat susulan pelarasan kadar tarif baharu oleh Syarikat Air Terengganu (SATU).
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Nara Setia, berkata keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada...
02 Oct 25
1134
Sultan Mizan Berkenan Rasmi Sambutan 100 Tahun SMK Sultan Sulaiman
KUALA TERENGGANU, 2 Oktober – Sejarah penuh makna terpahat di bumi Darul Iman apabila Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli merasmikan Sambutan 100 Tahun Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman (SMKSS) dalam majlis penuh istiadat yang berlangsung di Dataran Perdana sekolah berkenaan, hari ini.
Keberangkatan baginda disambut dengan...
02 Oct 25
2007
Ahli Parlimen Dungun Desak Tindakan Diplomatik Tegas Bebas Aktivis Malaysia Ditahan Israel
KUALA LUMPUR, 2 Oktober 2025 – Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli, menggesa kerajaan Malaysia mengambil tindakan diplomatik yang lebih tegas dan berani susulan penahanan sekumpulan aktivis kemanusiaan Malaysia oleh tentera rejim Israel (IDF) dalam insiden melibatkan misi Global Sumud Flotilla.
Misi maritim kemanusiaan terbesar abad ini yang disertai...
02 Oct 25
235
Dari Sekolah ke Dunia: I-DEWS Bukti Inovasi Pelajar Imtiaz Berimpak Global
KUALA TERENGGANU, 2 Oktober - Kejayaan pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu (IKT) meraih emas di pertandingan World Sustainable Development Goal Challenge 2025 (WSDG 2025) bukan sekadar pencapaian antarabangsa, malah membuka peluang untuk projek berimpak sosial itu dikembangkan lebih jauh.
Rekaan Imtiaz Dual Eco Water System (I-DEWS) yang...
02 Oct 25
411
Suri Rumah Bukan Penjaga Rumah Semata-mata
KUALA TERENGGANU, 2 Oktober – Suri rumah bukan lagi dilihat sekadar penjaga rumah tangga, sebaliknya merupakan tulang belakang keluarga dan pemacu pembangunan masyarakat.
Justeru itu, Simposium Suri Sejahtera 2025 yang bakal berlangsung pada 11 Oktober ini di Dewan Jubli Perak, Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Watiqhu Billah, Kuala Nerus menjadi platform penting...
02 Oct 25
292
26 Pensyarah UMT Disenarai Saintis Terbaik Dunia
KUALA NERUS, 2 Oktober – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terus mengharumkan nama negara apabila seramai 26 pensyarahnya tersenarai dalam dua peratus Saintis Terbaik Dunia 2025 hasil penilaian Universiti Stanford bersama penerbit akademik terkemuka Elsevier dari Amerika Syarikat.
Naib Canselor UMT, Prof Dr Mohd Zamri Ibrahim berkata pengiktirafan itu diumumkan melalui...
02 Oct 25
349