lightning-solid
Berita :
Naik Taraf Jalan Tanah Ke Batu, Kemudahan Asas Penduduk Dipelihara
Naik Taraf Jalan Tanah Ke Batu, Kemudahan Asas Penduduk Dipelihara
Hidayah Azlin
6 jam yang lepas
26

SETIU, 19 Ogos – Langkah menaik taraf jalan perhubungan di Kampung Anak Ikan Dalam daripada jalan tanah kepada jalan berbatu sekurang-kurangnya memberi keselesaan sementara kepada penduduk di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dato’ Dr Azman Ibrahim menegaskan bahawa usaha bagi memastikan kemudahan asas yang lebih sempurna dan kekal untuk kawasan luar bandar akan terus diperjuangkan.

Menurut beliau, setiap rakyat berhak mendapat akses perhubungan yang baik tanpa mengira saiz penempatan atau jumlah isi rumah yang menetap di sesuatu kawasan.

"Jalan di Kampung Anak Ikan Dalam Jabi ini menuju ke rumah penduduk yang bilangannya hanya dua buah. Namun, mereka juga berhak menikmati kemudahan yang paling asas, memandangkan kita sudah berada di tahun 2026. Walaupun kita ubah daripada jalan tanah kepada jalan batu kasaran sahaja dahulu moga ia bermanfaat buat rakyat kita," katanya.

Inisiatif menaik taraf permukaan jalan tanah kepada jalan berturap batu tersebut sekurang-kurangnya dapat mengurangkan risiko laluan berlubang dan becek terutamanya ketika musim hujan.

Usaha pemantauan dan tindakan susulan dijangka terus dijalankan bagi memastikan infrastruktur luar bandar di DUN Jabi diberi perhatian secara berperingkat demi kesejahteraan penduduk tempatan


Tag :

Artikel Berkaitan