Berita :
Pasar Raya Sunyi? Peniaga Jangan Melawan Arus, - Kata Dr Azman
Pasar Raya Sunyi? Peniaga Jangan Melawan Arus, - Kata Dr Azman
Hidayah Azlin
1 jam yang lepas
56

SETIU, 12 Mei – Golongan peniaga dan pemilik pasar raya di negeri ini diingatkan supaya sentiasa peka dengan perubahan aliran perbelanjaan masyarakat bagi mengelakkan premis mereka terus kehilangan pelanggan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dato’ Dr Azman Ibrahim berkata, pengguna hari ini sudah bijak menilai dan tidak lagi terikat dengan nama besar atau reputasi sesebuah premis perniagaan.

Menurutnya, lambakan premis perniagaan yang ada pada masa kini memberi kebebasan kepada pengguna untuk membuat pilihan dan perbandingan harga yang lebih bijak.

“Tak penting bagi mereka (pengguna) apa jenama dan reputasi sesebuah pasar raya tersebut. Mereka tahu membuat perbandingan, mana tempat mahal dan di mana harga barangan lebih murah," katanya. 

Mengulas lanjut, beliau sendiri sentiasa memantau rapat trend berbelanja penduduk setempat secara dekat dalam diam.
Jelasnya, hasil pergaulan dan mendengar sendiri keluhan serta komen daripada masyarakat setempat mendorong beliau untuk memberikan teguran membina tersebut.


“Kerana itu, para pemilik premis perniagaan sama ada yang besar atau kecil perlu peka dengan respon pengguna dan segera membuat perubahan. Jangan melawan arus," tegas beliau.

Dr Azman turut menasihati para peniaga agar segera mengambil tindakan drastik sekiranya menyedari terdapat penurunan mendadak bilangan pelanggan ke premis mereka, sama ada ia merupakan perniagaan lama mahupun baharu.

"Kalau perasan jumlah pelanggan mula turun dengan mendadak, maka kena tekan isyarat amaran sebelum keadaan berubah jadi parah.

"Saya tak ada kepentingan apa-apa. Hanya sekadar menasihati," katanya lagi.


Banyak rungutan daripada pengguna mengenai kos sara hidup, yang mana rata-rata masyarakat kini lebih cenderung memilih premis jualan yang menawarkan harga 'rahmah' dan kompetitif untuk berjimat.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan