KUALA TERENGGANU, 12 Februari - Peralihan kepimpinan di Perlis tidak menjejaskan hubungan antara emapt negeri Perlis, kedah, Terengganu dan Kelantan malah perjumpaan antara Menteri Besar di empat negeri itu berlaku dalam suasana santai, harmoni dan penuh keterbukaan.
Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri berkata, segala agenda bersama akan diteruskan menandakan konflik yang berlaku di Perlis menjejaskan hubungan antara negeri terbabit untuk terus memancu agenda demi manfaat bersama.
"Perbincangan bersama Menteri-Menteri Besar SG4 dengan suasana yang santai, harmoni dan penuh keterbukaan.
"Insya-Allah, kerjasama SG4 ini masih berjalan seperti biasa dengan matlamat yang sama,"ujarnya ringkas melalui media sosialnya, di sini, semalam.
Selain itu katanya, komitmen sedia ada akan diteruskan dalam usaha memperkasa pembangunan negeri-negeri terlibat di samping memperkukuh pernatdbiran serta perkongsian kepakaran antara kerjaan negeri.
"Kita teruskan komitmen sedia ada dan agenda bersama terus demi digerakkan demi kepentingan negeri-negeri terlibat serta kesejahteraan rakyat,"ujar beliau.
