lightning-solid
Berita :
 'Sebagai Pemimpin, Kita Perlu Beri Isyarat Betul Kepada Rakyat'
'Sebagai Pemimpin, Kita Perlu Beri Isyarat Betul Kepada Rakyat'
Mohd Irsyadi Abu Bakar
10 Feb 26
29

KUALA NERUS, 10 Februari -  Susulan isu pencerobohan nelayan bot pukat tunda dari Pahang ke perairan negeri Terengganu kebelakangan ini, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, Dato' Dr Azman Ibrahim menegaskan tindakannya untuk terus menyuarakan isu berkenaan secara umum sekalipun ia bukan di bawah bidang kuasa negeri.

"Sebagai pemimpin, kita perlu memberikan isyarat yang betul kepada rakyat walaupun ia bukan di bawah bidang kuasa kita. Dalam konteks Akta Perikanan 1985 ia bukan di bawah kuasa negeri, tetapi pemimpin perlu memberikan isyarat yang betul dan rakyat perlu dididik bahawa peraturannya begini-begini, kita tidak boleh justifikasi peraturan dengan kita mengaitkan perkara lain.

"Sebagai contoh, apabila kita bangkitkan bot pukat tunda dari Pahang menceroboh perairan negeri Terengganu yang melanggar Akta Perikanan 1985, tetapi di bawanya dan dibangkitkan tentang rakyat Terengganu yang berkerja di Pahang, ini mengalihkan isu dan tidak menyelesaikan masalah.

"Jadi, sepatutnya pihak sana mengeluarkan satu kenyataan menyeru supaya nelayan-nelayan Pahang mematuhi peraturan dan menghormati Akta Perikanan 1985, kerana ia bukan peraturan yang dibuat oleh negeri. Apabila disebut akta, ia undang- undang yang digubal di Parlimen.

SAI_9024 .jpg 1.52 MB
"Walaupun kita tahu ia bukan bidang kuasa negeri, tetapi pemimpin bekerja untuk mendidik rakyat, termasuklah  petani, penternak, nelayan supaya berjalan mengikut peraturan dan memelihara keharmonian semua," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai bertemu warga kerja Jabatan dan Agensi di bawah Portfolio Pertanian Negeri Terengganu dalam Program Perjumpaan Exco Pertanian Bersama Warga KPKM Inc. Negeri Terengganu, di sini hari ini.

Sebagai rekod, 1 Februari lalu, TRDI melaporkan kehadiran vessel pukat tunda dipercayai dari negeri jiran yang menceroboh kawasan di bawah 12 batu nautika perairan Terengganu.

Vessel tersebut melakukan dua kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan di zon yang dikhususkan untuk nelayan negeri tersebut dan melakukan aktiviti pukat tunda di zon yang tak dibenarkan. 

Dr. Azman ketika itu turut memaklumkan bahawa sebuah vessel pukat tunda telah ditahan di kawasan lapan batu nautika dari Kuala Dungun.

625136139_1435524531273144_5422582125058416665_n.jpg 130.54 KB
Dua hari kemudian iaitu pada 3 Februari pula, dua vessel pukat tunda dari negeri Pahang ditahan di kawasan tujuh batu nautika dari perairan Kerteh.





Tag :

Artikel Berkaitan