KEMAMAN, 10 Mac – Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Majlis Kurniaan Hari Raya yang diadakan di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, semalam.
Baginda berkenan mengurniakan sumbangan berbentuk wang tunai, hamper kurma dan pakaian hari raya kepada 300 orang penerima.
150 penerima terdiri daripada pelajar daerah Dungun yang berstatus anak yatim, anak fakir miskin, serta fakir miskin dan selebihnya dari daerah Kemaman.

Manakala daerah Dungun pula melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sura, SMK Sultan Omar, SMK Tengku Intan Zaharah, SMK Paka, SMK Dato’ Engku Bijaya Sura, SK Balai Besar, SK Sultan Omar, SK Kampung Nyior, SK Paka dan SK Santong.
Tag :