lightning-solid
Berita :
SUKMA 2026: Terengganu Mula Tunjuk Nelang
SUKMA 2026: Terengganu Mula Tunjuk Nelang
Mohd Irsyadi Abu Bakar
2 jam yang lepas
38

SHAH ALAM, 20 Ogos - Kontinjen Terengganu semakin menunjukkan 'nelang'nya apabila mula mendominasi pungutan pingat harian pada hari kelima Sukan Malaysia (SUKMA) berlangsung.

Menutup tirai 19 Ogos, carta pungutan pingat harian menyaksikan Terengganu mengumpul 12 pingat emas, lima perak dan enam gangsa, memberikan semangat baru buat seluruh pasukan.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ahmad Shahrizal Yahaya berharap, pencapaian itu terus konsisten sehingga hari terakhir temasya berlangsung.

"Pencapaian yang diperolehi oleh atlet-atlet Terengganu dan kontinjen Terengganu pada hari ini, kita berjaya mengumpul sebanyak 12 pingat emas, lima perak dan dan enam gangsa yang mana, Alhamdulillah kutipan pingat emas pada hari ini melebihi sasaran harian yang telah ditetapkan.

"Sekarang ini, kita berusaha untuk mencari bonus pingat emas melalui acara-acara yang bakal dipertandingkan untuk kita.

"Saya menyeru kepada seluruh
atlet Terengganu yang bakal bertanding di SUKMA untuk esok dan hari seterusnya, saya harap mereka mempersembahkan yang terbaik dalam misi kita untuk mengumpul atau kita memenangi pingat emas di sini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan kemenangan Muhammad Shah Jeh'an Syamsul Bahri menerusi sukan Angkat Berat Lelaki 94KG di Dewan Seri Cempaka, Kajang, malam tadi.

Setakat ini, pungutan pingat tertinggi Terengganu hadir menerusi sukan olahraga dengan 12 pingat.

Terengganu kini berada di kedudukan kedua carta pungutan pingat keseluruhan dengan 27 emas, 27 perak dan 20 gangsa, di belakang tuan rumah, Selangor.


Tag :

Artikel Berkaitan