Isteri MB Teruja Sertai Program Ziarah Ibu Dan Bayi

Tuan Faizah mencium mesra seorang bayi yang sempat diziarahi .
Oleh: Aslam Wira

MARANG 3 Januari- Naluri dan perasaan seorang wanita tidak akan pernah lari daripada keterujaan dengan kelahiran bayi baharu tidak kira sehebat mana kedudukan dan pangkat mereka.

Isteri Menteri Besar Terengganu, Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman, merasa teruja untuk menziarahi beberapa penduduk yang baharu sahaja menerima cahaya mata di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang.

Beliau yang juga Pengerusi Khairunnisa, sempat menziarahi tiga bayi yang baru dilahirkan dalam tempoh 10 sehingga 30 hari di mana dua orang daripadanya adalah bayi perempuan dan seorang bayi lelaki.


Turut bersama dalam ziarah tersebut adalah petugas-petugas Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Rhu Rendang.

Nur Asilah Ghazali, 24, ibu kepada seorang bayi perempuan yang berusia 23 hari berkata dia rasa bersyukur dan sangat teruja dengan kedatangan orang yang paling rapat dengan Menteri Besar Terengganu, Tuan Faizah sudi menziarahi bayi sulungnya

“Semoga program ziarah bayi diperingkat DUN ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi mengeratkan hubungan antara rakyat dan wakil rakyat.

“Sedikit harapan saya selaku rakyat DUN Rhu Rendang ini, semoga program ziarah seperti ini dilibatkan juga dengan pemimpin-pemimpin diperingkat kampung seperti MPKK dan sebagainya, supaya hubungan antara pemimpin dan rakyat diperkuatkan lagi,"katanya.

Tujuan ziarah tersebut adalah untuk memberi sedikit sumbangan dan cenderahati kepada bayi yang dilahirkan tanda menzahirkan tahniah diatas kehadiran ahli baharu dalam keluarga.

Tag: