lightning-solid
Berita :
Isu Meter Air RPMM Tok Jembal Masuk Fasa Akhir Penyelesaian
Isu Meter Air RPMM Tok Jembal Masuk Fasa Akhir Penyelesaian
Rohayati Ripin
58 minit yang lepas
25

KUALA TERENGGANU, 5 Disember — Kerajaan negeri memberi jaminan bahawa isu pemasangan meter air di Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) Tok Jembal kini berada pada fasa penyelesaian akhir.

Katanya, tindakan tersebut susulan penyelarasan segera antara Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dan Syarikat Air Terengganu (SATU).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata kelewatan tersebut berpunca daripada proses pendaftaran meter yang mengambil masa dan kebocoran pada paip induk meter pukal (Bulk Meter).

“SUK Perumahan telah mengadakan mesyuarat penyelarasan pada awal Oktober 2025 untuk mempercepatkan proses pendaftaran meter antara PMINT dan SATU.

“Status terkini, Blok A telah siap sepenuhnya dan boleh diduduki (32 unit). 

"Bagi Blok B, sebanyak 25 daripada 32 unit telah dipasang meter, manakala kerja selebihnya tergendala akibat kebocoran paip induk,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

IMG-20251205-WA0013.jpg 37.52 KB
Menurut beliau, RPMM Tok Jembal mempunyai lima blok keseluruhannya dengan jumlah 160 unit rumah.

"Kerja pembaikan paip bocor dijangka siap hujung Disember 2025," ujar beliau.

Sementara itu, pemasangan meter sedang diteruskan dan dijangka disiapkan sepenuhnya menjelang akhir Disember 2025 atau awal Januari 2026 melibatkan Blok C, D dan E.


Tag :

Artikel Berkaitan