J3K Perlu Transformasi Bantu Kerajaan
Peranan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) serta kepimpinan di bawahnya amat penting bagi membantu kerajaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU14) akan datang.
Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, golongan pemimpin itu merupakan tunjang paling kuat dalam menjayakan transformasi politik di negeri ini.
"Peranan J3K amat penting untuk membantu kerajaan merealisasikan hasrat mencapai kemenangan dalam PRU14.
"Saya menyeru semua sekali (J3K) lakukanlah transformasi, buatlah perubahan agar negeri kita tidak jatuh kepada pembangkang seperti tahun 1999," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perjumpaan Khas YAB Menteri Besar Bersama Kepimpinan J3K di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, semalam.
Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Dato' Zubir Embong serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.
Ahmad Razif berkata, sebagai pemimpin banyak perkara yang perlu dibuat dalam keadaan luar biasa dan berfikir di luar kotak.
"J3K perlu memainkan peranan dan melaksanakan kerja dengan kaedah serta strategi yang betul.
"J3K perlu memainkan peranan dan melaksanakan kerja dengan kaedah serta strategi yang betul.
"Gunakanlah pendekatan menawarkan perkhidmatan dengan turun padang dan sebagainya agar rakyat yakin dengan kita sebagai pemimpin yang membela nasib mereka," ujarnya.