Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
KUALA NERUS, 3 Jun - Kerajaan negeri menyifatkan pemilihan Terengganu sebagai tuan rumah penganjuran Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) sebagai 'hadiah istimewa' untuk rakyat khususnya dalam pendidikan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri Satiful Bahari Mamat berkata penganjuran program yang bertemakan 'Keluarga Malaysia Keluarga Berilmu', sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan pendidikan yang dicapai negeri itu selama ini.
"Melalui reruai pelbagai agensi di bawah kementerian Kementerian Pendidikan (KPM), rakyat Terengganu berpeluang mengetahui lebih terperinci berkaitan usaha dilakukan di itu.
"Saya berharap rakyat Terengganu akan memanfaatkan masa terluang hari ini dan esok untuk mengunjungi reruai KPM dan kementerian lain di Jelajah AKM serta merebut peluang mendapatkan penerangan daripada pegawai dan kakitangan bertugas dengan lebih mendalam," katanya kepada pemberita hari ini.
Terengganu menjadi destinasi keempat penganjuran AKM selepas Johor, Perlis dan Sabah, manakala KPM pula dipilih selaku kementerian peneraju bagi edisi kali ini.
JAKM berlangsung dari 2 hingga 4 Jun di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di sini.