Jangan Tangguh, Keluar Mengundi

KUALA TERENGGANU, 19 November  - Semua para pengundi di seru agar jangan menangguh dan keluar mengundi sementara cuaca masih baik pagi ini.

Calon Ahli Parlimen Kuala Terengganu daripada parti PAS, Datuk Haji Amzad Hashim berkata, keadaan semasa baik pada hari pengundian di kawasan ini.

"Pagi ini sebelum saya bertolak ke pusat pengundi, saya singgah rumah ibu saya minta restu ibu dan saya mngundi di sini bersama isteri.

"Jadi saya telah menunaikan tanggungjawab saya mengundi pada hari ini warganegara Malaysia tepat jam 8.30 pagi," jelasnya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas membuang undi di Sekolah Kebangsaan Durian Burung, pada hari ini.

Menurutnya, sebanyak tujuh saluran dibuka dan para pengundi tiba di tempat pengundian seawal lapan pagi.

"Ada beberapa peraturan baru yang perlu diamati dari segi kita nak masuk kita diminta tinggalkan telefon.

"Saya anggap ini satu perkara sangat baik kerana ia akan membolehkan pengundi yang lain tidak terganggu. Undi adalah rahsia," ujar beliau.

Beliau turut menyantuni para pengundi dan berpuas hati serta dengan kehadiran keluar mengundi pada pagi ini.

"Saya dapat rasakan tanda-tanda yang baik. Apabila di sesi pagi ini nampak seolah-olah semua mahu keluar awal. 

"Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia yang layak mengundi keluar mengundi beramai-ramai dan proses pengundian berjalan pada hari ini teratur," tambah beliau lagi.

Sementara itu, isteri beliau Datin Dr. Nur Diana Ahmad Takri berkata, beliau selamat membuang undi di saluran lima.

"Saya tengok perjalanan semua lancar. Prosedur sangat teratur dan mudah-mudahan kepada semua turun mengundi awal sebab kita takut faktor cuaca takut hujan dan sebagainya.

"Kepada semua satu sajalah peringatan sebaiknya pakai facemask sebab kita agak 'crowd'. Kalau kita tengok situasi sekarang semua turun di awal pagi.

"Alhamdulillah selamat mengundi semua," tambah beliau.

Justeru itu, beliau berharap kemenangan yang besar untuk Perikatan Nasional di Kuala Terengganu.

 


Tag: