JBPMT Sasar Penambahan 20 PBS Di Terengganu

Azmi(lima dari kanan )bergambar dengan sebahagian PBS Felda Bukit Bading dalam lawatan ke tapak pembinaan Balai Bomba.


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu  mensasarkan penambahan 20 Pasukan Bomba Sukarela(PBS) di seluruh negeri pada tahun ini.

Ketua Cawangan Pengurusan Pasukan Bomba Sukarela Dan Bantuan JPBMT ,Penolong Kanan Penguasa Bomba Negeri,Azmi Omar berkata jika lebih banyak PBS ditubuhkan ianya dapat memberi bantuan segera sekiranya berlaku bencana.

"Setakat ini kita mempunyai 18 PBS di Terengganu dengan kekuatan  380 orang dan ia merupakan satu cara terbaik untuk membantu jabatan bomba untuk lebih dinamik.

"Paling terbaru kita mendapat permohonan daripada Felda Tenang di Besut untuk menubuhkan PBS dan ianya sudah dalam proses Pendaftar Pertubuhan (ROS)... satu lagi dari Merchang yang masih dalam perbincangan,"katanya kepada pemberita dalam kunjungan ke Balai Sementara PBS Felda Bukit Bading,Ajil,hari ini.

Dalam masa yang sama beliau turut meninjau tapak bangunan Balai Bomba kekal untuk PBS Felda Bukit Bading yang akan memulakan proses pembinaanya tidak lama lagi.

Azmi berkata pembinaan Balai Bomba kekal itu merupakan yang kedua di Terengganu bagi PBS selepas PBS Sri Nerus dan pertama bagi kategori Felda dalam negeri.

"Bagi PBS yang inginkan bangunan  seperti ini dan bagaimana caranya boleh berbincang dengan pihak kami kerana bagi saya ini adalah mercu bagi PBS untuk giatkan lagi peranan mereka dalam membantu bomba.

"Dengan cara ini juga, kita boleh galakkan lebih ramai orang menyertai bomba sukarela selain memudahkan pantauan dan kawal selia pihak bomba,"katanya.

Tag: