Sidang Kemuncak Antarabangsa Terengganu Kecam Genosid di Palestin
KUALA NERUS, 15 Oktober - Kebimbangan seorang suri rumah memikirkan keperluan katil khas untuk adiknya yang menderita penyakit 'stroke' berakhir selepas menerima bantuan daripada Epic Berhad.
Noor Asmah Mohd Nor, 56, berkata, keperluan itu sudah lama dinantinya memandangkan kesukaran yang dialami adiknya semakin mendesak.
“Bantuan katil baru ini dapat memudahkan dan meringankan orang yang menjaganya.
"Sebelum ini saya perlu mengangkatnya ke mana-mana setiap kali hendak mengurus dia, dengan ada katil beroda ini ia memudahkan saya, tidak perlu lagi mengangkatnya," ujarnya.
Noor Asmah berkata demikian ketika ditemui media semasa Program Tanggungjawab Sosial Korporat Epic Cakna dan Prihatin 2020 di Seberang Takir, di sini kelmarin.
Menurutnya lagi, dia juga mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi mengurus keperluan harian adiknya.
"Keperluan pampers sangat tinggi kerana adik saya membuang air besar yang berterusan selain daripada keperluan insulin yang diperolehi di klinik setiap bulan," jelasnya.
Sementara itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga terbabit.
"Pihak kami akan meneliti bantuan susulan untuk keluarga ini dan tindakan lanjut akan diambil," tambah beliau.