lightning-solid
Berita :
Karnival Orang Kampung Kite Bina Ukhuwah, Perkukuh Keharmonian
Karnival Orang Kampung Kite Bina Ukhuwah, Perkukuh Keharmonian
Wan Al Affan Bassam Wan Manam
3 jam yang lepas
86

DUNGUN, 15 Disember – Program Karnival Orang Kampung Kite yang julung kali diadakan berjaya menghimpunkan penduduk setempat dalam suasana penuh kemeriahan dan keharmonian. 

Program yang dianjurkan sebagai platform untuk merapatkan hubungan silaturahim serta menghidupkan semangat kemasyarakatan dalam kalangan penduduk kampung bertempat di Taman Tasik Jalan Intan sebagai lokasi penganjuran, yang merupakan salah satu tempat baharu untuk masyarakat setempat beriadah.

2a14ce5b-a98c-4a94-ba46-a1e5c0d9e973.jpg 204.65 KB
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli memaklumkan bahawa program kemasyarakatan seperti itu bukan sahaja menyajikan suasana yang meriah, malah membina ukhuwah dan hubungan erat antara penduduk setempat.

Beliau turut berharap, agar Karnival Orang Kampung Kite dapat dijadikan sebagai program tahunan yang akan dilaksanakan setiap tahun, sekali gus menjadi medium untuk mengeratkan perpaduan, memupuk semangat kebersamaan serta memperkukuh keharmonian dalam kalangan masyarakat.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang karnival tersebut, antaranya sukaneka rakyat yang mendapat sambutan menggalakkan daripada semua lapisan umur serta pertandingan memancing yang menceriakan suasana. 

Selain aktiviti riadah, penganjur turut menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung yang memerlukan sebagai tanda keprihatinan dan kebersamaan dalam komuniti.





Tag :

Utama

Artikel Berkaitan