Hakisan Pantai Batu Rakit Kritikal, Kerajaan Terengganu Salur Bantuan RM80,000
KUALA TERENGGANU, 28 Ogos - Program Karnival Pantai Terengganu 2019 akan diadakan pada 12 hingga 16 September 2019 di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu dengan membawa tema “Tradisi Diwarisi” yang bakal membawa pengunjung menggamit kenangan mengenai kehidupan masyarakat negeri Terengganu suatu ketika dahulu.
Program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan negeri mahupun Kerajaan Persekutuan akan menyajikan kemeriahan yang berbeza dari tahun sebelumnya.
Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk para pengunjung, antaranya adalah Demonstrasi Masakan, Aktiviti Sukan Rakyat, Forum Perdana Ehwal Islam, Bicara Ilmiah Wanita Solehah, Demonstrasi Permainan Tradisional, Malam Kesenian Islam, Persembahan Silat Antara Daerah, Bicara Santai Artis Hijrah dan pelbagai lagi.
Penganjuran ini juga dilihat sebagai langkah yang berkesan untuk mendidik masyarakat mengenai kepentingan sektor pelancongan dalam negeri ini sekali gus menerapkan strategi “Think and Act Tourism” agar masyarakat lebih bersedia untuk menerima kunjungan pelancong ke negeri Darul Iman.
Jangan lupa ikuti perkembangan terkini pelancongan negeri Terengganu di media sosial rasmi Beautiful Terengganu Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter, WeChat dan Weibo serta program Karnival Pantai Terengganu di Instagram. Kongsikan pengalaman anda bersama Karnival Pantai Terengganu dengan penggunaan tanda pagar #karnivalpantaiterengganu #beautifulterengganumalaysia dan #vm2020.