KBR RTM Dipilih Presiden Baharu Kawat Sesi 2017/2019
Barisan kepimpinan Kawat yang baharu bagi penggal 2017/2019 yang dipilih selepas Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Kawat 2017. Foto oleh Harish Fadzilah Abu Kassim |
Wan Abd Rahman |
Jawatan bagi Timbalan Presiden pula dimenangi oleh Ahmad Syafri Husnaini Mohamad dari Jabatan Penerangan, menggantikan Mohd Lazim Endut.
Manakala sembilan ahli jawatankuasa baru turut dipilih, iaitu Aida Abd Rahman dari Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Siti Jamilah Hanim Jamil (RTM), Mohd Shuhaimi Ahmad (Jabatan Penerangan), Abd Malik Muhammad (Harian Metro), Kamaliza Kamaruddin (Bernama), Azrul Faizal Jusoh (RTM), Mohd Ishak Abdillah Ngah (TV3), Mohd Zamri Ghani (TV9) dan Khairul Azlam Mohamad (Harakah).
Sementara dua pemeriksa kira-kira yang dilantik iaitu Nur Fazlizai Ali (Astro Awani) dan Zarina Abdullah (NST).
Dalam ucapannya, Wan Abd Rahman berkata, beliau bersama jawatankuasa yang baru dipilih menerajui kepimpinan kelab media itu akan melakukan penambahbaikan untuk manfaat anggota serta berusaha melakukan yang terbaik dan menyambung kecemerlangan legasi sedia ada.
"Kawat sebelum ini sangat cemerlang dan menjadi contoh kepada kelab-kelab media lain. Insya-Allah, kita akan berusaha untuk meletakkan Kawat kembali ke tempat selayaknya, terutamanya apabila melibatkan kepentingan ahli, dengan tumpuan utama dalam usaha mengeratkan silaturahim dan kebajikan ahli.
"Saya percaya, tugas ini tidak mudah untuk dilaksanakan, tapi dengan penyatuan dan kerjasama di kalangan AJK serta ahli yang lain kita boleh mencapai impian serta perancangan yang digariskan bersama. Terima kasih juga kepada jawatankuasa sebelum ini yang telah memberikan khidmat terbaik untuk kelab," katanya selepas Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Kawat 2017 di Auditorium Yayasan Pembangunan Usahawan, Hiliran, Kuala Terengganu.
Sementara itu, Ayob berkata, beliau tidak berhasrat untuk menyambung kepimpinan itu kerana mahu memberi laluan kepada muka baharu dan berharap penggantinya dapat melakukan lebih baik serta membawa suara pengamal media negeri ini.
"Sepanjang 15 tahun memimpin kelab ini, saya melalui pelbagai suka dan duka. Saya akui rasa sedih untuk membuat keputusan (pengunduran) ini kerana Kawat begitu sebati dengan jiwa saya. Bagaimanapun, walaupun tidak lagi berada di barisan kepimpinan, saya tetap akan membantu dan memberi khidmat kepada Kawat selagi diperlukan.
"Saya juga mengharapkan jawatankuasa baharu yang dipilih serta ahli Kawat akan terus memberikan sokongan kepada presiden yang baharu dan kembali meletakkan Kawat di tempat yang sepatutnya," katanya.