Berita :
Bukit Bubus, Bukit Keluang Antara Permata Pelancongan Besut
Bukit Bubus, Bukit Keluang Antara Permata Pelancongan Besut
Hidayah Azlin
1 jam yang lepas
69

BESUT, 21 Jun – Keindahan semula jadi Bukit Bubus dan Bukit Keluang terus membuktikan daerah ini sebagai antara destinasi pelancongan utama yang wajib dikunjungi di negeri Terengganu.

Daya tarikan kawasan rekreasi tersebut turut mendapat perhatian Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, Dato’ Dr. Azman Ibrahim yang meluangkan masa melakukan aktiviti riadah pagi dengan berbasikal di lokasi berkenaan baru-baru ini.

Menurut beliau, selain kaya dengan potensi sektor pertanian, Daerah Besut juga bertuah kerana dikurniakan dengan keunikan landskap alam semula jadi yang mampu memukau pandangan para pengunjung.

"Riadah pagi sambil menikmati keindahan pemandangan Bukit Bubus dan Bukit Keluang. Lokasi ini antara tarikan pelancongan yang ada di Daerah Besut," katanya.

Bukit Keluang dan Bukit Bubus sememangnya tidak asing lagi bagi penggemar aktiviti luar, komuniti berbasikal, serta pelancong domestik mahupun antarabangsa.

"Bukit Keluang terkenal dengan laluan mendaki yang santai serta pemandangan panorama Laut China Selatan yang membiru dari puncak bukit. Manakala Bukit Bubus pula kini semakin popular sebagai lokasi tumpuan sukan ekstrem seperti luncur udara (paragliding), selain menawarkan pemandangan pesisir pantai yang saujana mata memandang.


Gabungan elemen rekreasi, aktiviti kayuhan berbasikal, dan keindahan alam ini bukan sahaja menyihatkan tubuh badan, malah berpotensi besar untuk terus menjana ekonomi penduduk setempat melalui sektor ekopelancongan yang mampan.

Orang ramai yang berkunjung ke Terengganu, khususnya ke Daerah Besut, disaran untuk tidak melepaskan peluang merasai sendiri pengalaman menikmati kesegaran udara pagi di kedua-dua lokasi ikonik ini.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan