“Syukur, Bantuan Ini Sangat Bermakna Buat Kami” – Asnaf Terharu
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, projek perintis di Kampung Dadong, Kemaman itu mula diperkenalkan pada Jun lalu melibatkan kawasan 14 hektar disertai 51 petani berjaya mengeluarkan hasil tuaian yang sihat serta berrmutu.
Ahmad Shabery berkata, hasil tuaian pertama projek itu sangat memberangsangkan dengan setiap hektar dijangka mampu menghasilkan antara lima dan 10 tan metrik jagung bijirin, sekali gus memberi pendapatan berganda kepada petani yang selama ini hanya meraih antara tiga hingga empat tan metrik padi untuk setiap hektar tanah yang dimiliki.
Katanya, projek makanan ternakan itu merealisasikan usaha kerajaan dalam usaha mengelak kebergantungan negara terhadap import bijirin untuk makanan ternakan
selain menjadi tanaman utama untuk makanan ternakan selain padi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Penuaian Jagung Bijiran Parlimen Kemaman, di Kampung Dadong, Chukai, Kemaman, semalam.
“Sekiranya program ini dapat dijayakan, ia akan dapat kurangkan jumlah tersebut dan dalam masa yang sama ia akan menjana kekayaan baru di kalangan petani,”
katanya.
Ahmad Shabery berkata, pihaknya juga akan memperkemaskan lagi modul itu dengan memperbaiki teknik penyediaan tanah, penetapan jarak tanaman, kaedah pembajaan, sistem perparitan teratur dan kawalan awal untuk rumpai bagi memperoleh hasil tanaman yang lebih baik dan berkualiti
Untuk rekod, pada masa kini Malaysia mengimport hampir 100 peratus jagung bijirin iaitu lebih empat juta tan metrik dengan nilai RM3.1 bilion setahun untuk dijadikan bahan makanan ternakan seperti ayam, lembu dan kambing.