lightning-solid
Berita :
Keluarga Jalan Tekukur Berselawat Semarak Maulidur Rasul
Keluarga Jalan Tekukur Berselawat Semarak Maulidur Rasul
Mohamad Farhan Anam
27 Aug 26
36

KUALA TERENGGANU, 27 Ogos - Program Keluarga Jalan Tekukur Berselawat berlangsung meriah apabila ibu bapa bersama anak-anak menyertai perarakan mengelilingi taman sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, malam tadi.

Program tersebut bukan sahaja menghimpunkan penduduk setempat dalam suasana penuh kemeriahan, malah menjadi wadah untuk menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dalam kalangan generasi muda.



Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Ladang, Zuraida Md Noor, beliau berasa gembira melihat penglibatan ibu bapa bersama anak-anak dalam menjayakan program berkenaan.

“Saya seronok tengok ibu bapa bersama anak-anak turun berarak mengelilingi taman sambil berselawat. Semangat dan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW jelas terpancar sepanjang perarakan,” katanya.


Katanya, antara perkara yang menarik perhatian ialah kreativiti ibu bapa dan anak-anak menghasilkan sepanduk sendiri untuk dibawa sepanjang perarakan.

“Paling mencuri perhatian apabila anak-anak bersama ibu bapa menyiapkan sepanduk sendiri dengan pelbagai kreativiti. Walaupun nampak sederhana, usaha itu dibuat dengan penuh semangat dan pastinya memberikan pengalaman yang cukup bermakna buat anak-anak,” katanya.

Beliau berkata, program seperti itu wajar diteruskan kerana mampu mewujudkan suasana komuniti yang menggalakkan ibu bapa dan anak-anak bersama-sama menghidupkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

“Suasana seperti inilah yang kita mahu lahirkan dalam komuniti, apabila ibu bapa dan anak-anak bersama-sama menghidupkan suasana kecintaan kepada Rasulullah SAW.


“Semoga usaha kecil ini menjadi kenangan indah buat anak-anak dan dapat menanam rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam hati mereka sejak kecil,” katanya.


Artikel Berkaitan