Keluhan Bapa Dua Anak Berbalas

KUALA NERUS, 3 September - Keluhan bapa dua anak, Norisham Ngah terhadap kesukaran hidup yang dialaminya selepas terlibat dalam kemalangan di kampung Telaga Batin beberapa bulan lalu berakhir.

Kesihatan Norisham, 35, yang tidak menentu mendesak isterinya untuk bekerja mengambil upah memotong bawang di sebuah kedai untuk menyara anak-anaknya yang masih bersekolah.

Menyedari kepayahan mereka sekeluarga, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menerusi Pegawai Khasnya, Ustaz Wan Yusrizal Wan Shafi'i menghulurkan sumbangan bagi meringakan beban keluarga terbabit pagi tadi.

Hadir sama, Penyelia i-MITS DUN Seberang Takir, Muda Abdullah dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Hulu Takir, Ahmad Sirajul Fahmi Ramli.

Norisham ketika ditemui pemberita berkata, dia sangat terharu atas keprihatinan semua pihak termasuk wakil kerajaan dan MPKK kerana mengambil berat akan keperitan rakyat serta dirinya.

"Alhamdulillah, terima kasih atas bantuan dan sumbangan yang diberi. Semoga Allah membalas jasa YB," ujar beliau setelah menerima bantuan.

Beliau yang juga seorang penjual ayam di Kampung Padang Air sempat berkongsi pengalaman sewaktu kemalangan berlaku dan memohon doa supaya kesnya dapat diselesaikan dengan baik.

 


Tag: