Kerajaan Buka Pintu, Percepat Proses Buat Pelabur Di KTIP - MB

KEMAMAN, 7 Mac - Kerajaan negeri mengalu-alukan penyertaan para pelabur dengan memberikan komitmen memudahkan proses bagi mereka melabur di Taman Perindustrian Kertih Terengganu (KTIP) bagi merancakkan ekonomi penduduk setempat.

Menteri Besar Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, KTIP dijangka turut menjadi salah satu faktor peningkatan infrastruktur dan perkhidmatan sokongan serta menjadi pemangkin industri hiliran sekitar Kemaman dan negeri. 

“Setakat ini dua (pelabur) telah menyertai KTIP (407 ekar), dan sasaran kita untuk manfaatkan kawasan ini sepenuhnya dengan keluasan 1,007 ekar. 

“Rakyat Terengganu juga bakal menikmati curahan ekonomi menerusi peluang pekerjaan yang akan ditawarkan KTIP peluang pekerjaan yang akan ditawarkan kelak,” katanya. 

Terdahulu Ahmad Samsuri berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Kertih Terengganu Industrial Park di Resort World Kijal, semalam.

Kerajaan melalui anak syarikat miliknya (GLC) Terengganu Incorporated (Terengganu Inc) serta anak kumpulan TI Properties bersama MGB Berhad merasmikan projek KTIP bernilai RM680 juta.


Tag: