Kerajaan Negeri Komited Majukan Taman Eco-Rimba
HULU TERENGGANU, 18 November -Kerajaan Terengganu akan menyalurkan peruntukan yang lebih besar bagi memajukan produk pelancongan berasaskan eko-rimba bagi menaik taraf dan menyelenggara taman berkenaan pada tahun hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Ariffin Deraman berkata, peruntukan ini bagi memulihkan taman eco-rimba supaya lebih menarik, tersusun rapi dan mampu menjadi tarikan lebih ramai pelancong datang ke negeri ini.
Jelasnya lagi, bila penaiktarafan ini dibuat, taman eco-rimba lebih menarik dan pelancong akan datang lebih ramai dan seterusnya mampu menjana sumber kewangan negeri.
"Buat masa sekarang, kita ada memfokuskan enam taman eco-rimba yang merupakan produk pelancongan utama negeri yang dikawal selia oleh Jabatan Perhutanan Negeri berpotensi dengan dibuktikan peningkatan pelancong di enam kawasan berkenaan.
"Ia termasuk Hutan Lipur Sekayu, Hulu Terengganu; Lata Tembakah dan Belantan, Besut; Air Terjun Chemerong dan Taman Rimba Bukit Bauk, Dungun serta Air Terjun Menderu, Kertih.
"Saya juga telah meminta pihak Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) kemukakan perancangan segera untuk tambahan peruntukan apabila dimaklumkan jumlah yang diterima jabatan untuk mengurus dan menyelenggara setiap taman adalah sekitar RM20,000 setahun dan ia agak kecil," katanya.
Ariffin Deraman. |
Turut hadir, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu, Dato' Ahmad Fadzil Abdul Majid.
Ahmad Fadzil |
"Antara kandungannya ialah rancangan pembangunan yang lebih menyeluruh, tersusun dan sistematik bagi melonjakkan pelancongan eko-rimba," ujarnya.