• 08 Sept 2024 | 4 Rabiul Awal 1446

Kerjasama Dua Negeri dalam Pembangunan Wanita

KUALA TERENGGANU, 15 Julai - Satu kerjasama dan penyelarasan di antara Kelantan dan Terengganu dalam hal ehwal berkaitan pembangunan wanita bakal dilaksanakan tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri Kelantan, Rohani Ibrahim berkata beliau berhasrat untuk menyatukan antara negeri Terengganu dan Kelantan dan menggabungkan dua dasar untuk memudahcarakan dasar itu diperturunkan kebawah.

"Jadi, kami telah mengadakan satu usaha sama dan perbincangan serta insya Allah, akan adakan program dipanggil projek untuk memudahkan cara dasar wanita di peringkat bawah (akar umbi) di dua buah negeri," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas lawatan kerja ke Terengganu di Kediaman Sri Iman, Batu Buruk, pada hari ini.

Menurutnya, beliau turut membincangkan untuk penambahbaikan dan memperluaskan lagi isu berkaitan dasar tersebut ke dua buah negeri lagi iaitu Perlis serta Kedah yang dikenali SG4.

"Insya Allah, semoga dasar yang kami rancang di Kelantan dan Terengganu dapat direalisasikan.

"Bukan sekadar dasar sahaja, tetapi (juga) diperturunkan (ke peringkat) bawah dengan mempermudahkan ayat-ayat dasar untuk masyarakat serta merakyatkan dasar ini.

Beliau menambah, di negeri Kelantan mempunyai tiga dasar utama iaitu pertama, dasar membangun bersama Islam, kedua, dasar rakyat bersama Islam dan ketiga, dasar penghayatan. 

"Dasar-dasar ini telah diturunkan ke peringkat akar umbi dan, insya-Allah, akan dihayati serta dilaksanakan oleh rakyat Kelantan," tambah beliau.


Tag: