Berita :
Kompleks Beli-Belah, Pasar Raya Diarah Tutup Pada 1 Syawal
Kompleks Beli-Belah, Pasar Raya Diarah Tutup Pada 1 Syawal
Mastura Jamal Din
16 jam yang lepas
51

KUALA TERENGGANU, 11 Mac – Semua kompleks beli-belah, pasar raya besar dan pasar raya dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) diarahkan menutup operasi sepenuhnya pada 1 Syawal.

Arahan tersebut dimaklumkan menerusi satu notis yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan itu sebagai langkah menghormati sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut notis berkenaan, premis makanan segera serta kedai runcit yang beroperasi selama 24 jam seperti 7-Eleven, Treleaf Mart, Eco Shop, MR DIY dan premis seumpamanya turut diarahkan menutup operasi bermula pukul 12 tengah malam pada 1 Syawal sehingga pukul 1 tengah hari hari raya pertama.

Langkah itu dilaksanakan bagi memberi ruang kepada pekerja beragama Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri di samping meluangkan masa bersama keluarga dalam menyambut hari kemenangan selepas sebulan berpuasa.

Sehubungan itu, semua pengusaha premis yang terlibat diminta mematuhi arahan tersebut bagi memastikan kelancaran sambutan Aidilfitri serta menghormati suasana hari raya di negeri ini.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan