KUALA TERENGGANU,9 Disember- Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Trengganu (KPKKT) berjaya merangkul anugerah Best Brand Awards 2022-2023 bagi kategori "Sustainable Forestry Management".
KPKKT berkata, anugerah tersebut telah diterima pada 6 Disember lalu dalam satu majlis yang diadakan di Majestic Hotel, Kuala Lumpur.
"Anugerah ini didedikasikan kepada semua warga KPKKT dan Golden Pharos Berhad Group di atas usaha yang keras sepanjang tahun untuk semaksimum mungkin menjaga kelestarian hutan.
"Di samping memenuhi keperluan permintaan dari industri perkayuan dengan mengusahasil secara "Selective Management System," ujar KPKKT dalam satu hantaran dilaman facebook rasmi jabatan itu.
Katanya, dengan #Sustainableforestry, KPKKT akan terus komited dalam melestarikan hutan demi kelansungan generasi yang akan datang.