KT Night Market Tawar 92 Tapak Niaga



Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) bakal menyediakan 92 premis perniagaan termasuk lot kedai dan petak penjaja di KT Night Market (KTNM) yang terletak di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu.

Pegawai Harta Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu, Abdul Razak Abd Rahman berkata premis yang dibangunkan menerusi Lembaga Tabung Amanah Warisan tersebut mula dibina bermula Julai tahun lalu menelan belanja hampir RM14 juta.
 

“KTNM yang akan siap sepenuhnya pada 24 September ini berkonsepkan pasar malam eksklusif bagi peniaga kecil.

“Selain premis perniagaan, ianya juga akan dilengkapi dengan kemudahan yang lebih kondusif seperti parkir, tandas awam, bilik persalinan bayi dan menara jam serta skrin paparan LED digital bagi memudahkan orang ramai mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan termasuk harga produk,” katanya kepada Teganukita.

Pembinaan KTNM tersebut merupakan salah satu usaha kerajaan negeri untuk membantu golongan peniaga pasar malam melibatkan diri dalam perniagaan dalam suasana lebih kondusif dengan tawaran harga berpatutan selain membantu menyemarakkan lagi industri pelancongan di negeri ini.

Tag: