Berita :
LAUT Catat Rekod Baharu, Serah Hasil Lebih RM47.3 Juta
LAUT Catat Rekod Baharu, Serah Hasil Lebih RM47.3 Juta
Mastura Jamal Din
2 jam yang lepas
89

KUALA TERENGGANU, 19 Mac — Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) sekali lagi mencatat pencapaian membanggakan apabila merekodkan jumlah penyerahan kutipan hasil tertinggi kepada Kerajaan Negeri sejak penubuhannya.

Melalui pelaksanaan Peraturan Pengabstrakan Air dan Aktiviti Penggubahan Sumber 2021, LAUT menyerahkan sebahagian besar kutipan hasil bagi tahun 2025 berjumlah RM47,375,589.93 kepada kerajaan negeri.

Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata jumlah berkenaan mencerminkan keberkesanan pelaksanaan dasar serta komitmen berterusan Ahli Lembaga Pengarah dalam memperkukuh tadbir urus sumber air negeri.

"Kejayaan itu turut disokong oleh usaha bersepadu dan dedikasi warga kerja LAUT dalam memastikan pengurusan sumber air dilaksanakan secara cekap, telus dan berimpak tinggi," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya semalam. 

Perkembangan tersebut dimaklumkan sempena Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) yang berlangsung baru-baru ini.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan