Lebih 20,000 Tetamu Kunjungi Rumah Terbuka Menteri Besar

 
Lebih20,000  tetamu pelbagai lapisan masyarakat dan latar belakang mengunjungi Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri,  Menteri Besar  Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, di Kediaman Seri Iman, Batu Burok, Kuala Terengganu, hari ini. 

Walaupun terpaksa berdiri dan beratur, ia tidak menghalang rakyat, termasuk yang bukan beragama Islam untuk hadir ke majlis rumah terbuka yang bermula jam 11 pagi hingga 3 petang itu.

Ada di antara tetamu datang seawal jam 10 pagi kerana mahu mengelak kesesakan lalu lintas.

Biarpun terpaksa berdiri untuk menyambut dan bersalaman dengan pengunjung, tiada riak keletihan terbayang pada wajah Ahmad Razif dan Isteri To’ Puan Seri Halina Zakaria yang sentiasa melemparkan senyuman kepada tetamu yang hadir.

Pengunjung sempat bergambar dan swafoto bersama Ahmad Razif dan Isteri, manakala kanak-kanak yang hadir beratur untuk mendapat duit raya.

Lebih 500 juadah, termasuk laksam, lemang, ketupat, tapai pulut, sate, nasi dagang, nasi minyak, keropok goreng, kambing bakar  dan pelbagai kuih tradisional serta biskut raya disediakan kepada pengunjung.



Sebelum itu, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenaan berangkat   menunaikan solat sunat Aidifitri di Masjid Al Muktafi Billah Shah, Ladang.

Hadir mengiringi, Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri, Yang Dipetua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan beberapa ahli Exco Kerajaan Negeri.








Ì

Tag: