• 23 Okt 2024 | 20 Rabiul Akhir 1446

Lebih 40,000 Kunjungi Rumah Terbuka Menteri Besar Terengganu

Lebih 40,000 orang hadir majlis rumah terbuka Aidilfitri Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman bersama 24 jabatan-jabatan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Dataran Permata, Seberang Takir, Kuala Nerus.


Kehadiran pengunjung dilihat tidak putus-putus sejak pukul 11 pagi, bahkan sehingga pukul 3 petang ini, suasana di tapak acara meriah dengan orang ramai yang datang menjamu selera bersama keluarga masing-masing.

i


Ahmad Razif berkata, sambutan yang melepasi angkaan awal itu sekali gus membuktikan sokongan tinggi rakyat terhadap kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional di negeri ini.


"Ini menunjukkan solidariti serta permuafakatan masyarakat negeri ini tanpa mengira bangsa yang secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita.


"Melihat kepada perkembangan positif ini, maka tahun depan kita akan melibatkan lebih ramai badan berkanun dan jabatan di peringkat persekutuan mahu pun korporat dalam majlis seumpama ini," katanya kepada pemberita.


Selain hidangan pelbagai menu Aidilfitri buat pengunjung, majlis yang bermula pukul 11 pagi hingga 3 petang itu turut dimeriahkan dengan persembahan beberapa artis antaranya Jay Jay, Mat Over, Ameng, Faizal AF 4, Acey Bocey, Tauke, Rahim Sepahtu, Zalif Sidek, Azian Mazwan Sapuan, Bienda dan Keena Mentor.

Tag: