Pembatalan Pertemuan Anwar-Prabowo: Ahmad Amzad Desak Penjelasan Segera
Libatkan Kerjasama Negeri Agar Pelajar TVET Dapat Manfaat
KUALA LUMPUR, 3 Julai - Dalam usaha memperkasakan pendidikan TVET, kerajaan disarankan turut melibatkan kerjasama rapat dengan kerajaan negeri.
Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli mencadangkan demikian supaya para pelajar TVET dari seluruh negara dapat menikmati manfaatnya.
"Saya juga berharap komuniti Orang Asli juga seharusnya tidak dipinggirkan daripada inisiatif tersebut dalam meningkatkan peluang mereka dalam pasaran kerja 'high skill dan high salary'," katanya.
Saranan tersebut disuarakan dalam sesi soal jawab di Sidang Parlimen menerusi soalan bertulisnya.
Beliau memnta Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah menyatakan perancangan pengekalan bakat (talent retention) para graduan TVET Malaysia-China Institute (MCI) agar kemahiran mereka dapat dimanfaatkan dalam industri tempatan dan tidak mengalir ke luar negara.
Menteri Kemajuan Desa & Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata lepasan MCI tidak akan bekerja dengan syarikat China di negara China.
"Sebaliknya akan pulang dan bekerja sama ada dengan syarikat Malaysia atau syarikat China di Malaysia sebagai sebahagian daripada strategi pelaburan negara tersebut menggunakan tenaga kerja tempatan.
"Kerajaan juga menyediakan kuota untuk mengikuti latihan ini kepada pelajar kaum Cina (500), kaum India (200), dan pelajar dari Sabah (200) dan Sarawak (200)," ujarnya lagi.