Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menyumbang sebanyak RM115,998 kepada 127 orang asnaf miskin dalam bentuk bantuan modal berdikari dan perniagaan.
Yang Dipertua Maidam, Dato’ Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, bantuan tersebut merupakan agihan daripada wang zakat yang disalurkan oleh Maidam kepada kesemua penerima sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan pendapatan mereka menerusi aktiviti perniagaan sekali gus mengeluarkan golongan berkenaan daripada kepompong kemiskinan.
Katanya, setiap asnaf menerima antara RM3,000 hingga RM10,000 bergantung kepada jenis perniagaan yang dijalankan.
Menurut Shaikh Harun, daripada jumlah itu seramai 120 orang menerima modal pusingan tidak kurang dari RM2,000 hingga RM5,000 bergantung kepada keperluan perniagaan masing-masing, sementara selebihnya menerima motosikal roda tiga, enjin bot, bot (fiber), peti sejuk, mesin jahit.
Katanya, setiap asnaf menerima antara RM3,000 hingga RM10,000 bergantung kepada jenis perniagaan yang dijalankan.
“Antara perniagaan yang dijalankan oleh asnaf yang menerima bantuan ini termasuklah perniagaan makanan, jahitan, menangkap hasil laut dan lain-lain lagi,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Modal Berdikari dan Perniagaan Asnaf Zakat Maidam di Kompleks Seri Iman, hari ini.
Katanya, golongan asnaf yang ingin memohon mendapatkan bantuan modal perniagaan perlu membuat permohonan dengan pihak Maidam dan semakan serta bancian akan dibuat bagi memastikan mereka yang benar-benar layak mendapat bantuan.

“Pemantauan juga akan dibuat oleh pihak kami dari semasa ke semasa agar penerima tidak menyalahgunakan kemudahan yang diberikan,” ujarnya.