Malaysia Tundukkan China 2-1

Zaharim meraikan jaringan pembukaan olehnya seawal minit ke-2.

Malaysia tewaskan China 2-1 dalam perlawanannya yang terakhir bagi peringkat kumpulan Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC yang berlangsung di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Ketua jurulatih Malaysia, Ismail Zakaria berkata beliau amat berbangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pemain-pemain.

Katanya, kemenangan pada hari ini adalah janji para pemain Malaysia untuk peminat yang memberi sokongan sejak perlawanan pertama.


"Walaupun kita tidak mampu ke pusingan seterusnya, saya tetap bangga dengan pemain-pemain Malaysia yang sentiasa menunjukkan kesungguhan sejak dari perlawanan pertama.

"Saya amat bangga dengan kesungguhan mereka, mereka cuba yang terbaik dan sekaligus menunaikan janji untuk menang menentang China," katanya.

Dalam perlawanan tersebut, Malaysia terlebih dahulu mencipta jaringan seawal minit ke-2 melalui kapten pasukan, Mohd Zaharim Mohd Yusof.


Beberapa saat sebelum berakhirnya suku pertama, Malaysia sekali lagi menewaskan penjaga gawang pasukan China, Chang Rui Qi hasil dari rembatan oleh pemain yang berasal dari Terengganu, Mohamad Fakhruddin Mohamad.

Bermula suku kedua permainan tersebut, kem China berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-16 melalui sepakan percuma oleh Liu Yi Si.

Walaupun terdapat beberapa percubaan pada suku ketiga, namun kedua-dua pasukan gagal menambah jaringan.

Tag: