lightning-solid
Berita :
Mampukah Shervoni, Ehsoni Ubah Nasib Terengganu FC?
Mampukah Shervoni, Ehsoni Ubah Nasib Terengganu FC?
Mohd Irsyadi Abu Bakar
9 jam yang lepas
162

KUALA TERENGGANU, 11 Januari - Terengganu Football Club (TFC) hari ini mengumumkan, dua pemain kebangsaan Tajikistan iaitu Mabatshoev Shervoni dan Ehsoni Panshanbe secara rasmi menyertai pasukan itu sebagai pemain import baharu bagi menghadapi saingan Liga Super Malaysia musim 2025/2026.

Diberitakan, Shervoni, 26, pemain sayap dari FC Regar TadAZ akan menyarung jersi bernombor 88 dan bakal menjalankan peranan sebagai pemain sokongan kepada jentera serangan, sekali gus memperkukuhkan pilihan barisan hadapan pasukan.

Manakala, Ehsoni, 27, yang sebelum ini beraksi di FC Istiklol pula akan mengisi kekosongan ditinggalkan Nurillo Tuktasinov sebagai jentera tengah pasukan.

615423514_875625948512174_6514383339576325113_n.jpg 26.55 KB
Namun, mampukah kehadiran mereka  mengubah nasib Terengganu FC yang kini berada tangga kelima Liga Super Malaysia 2025/2026? Atau paling paling kurang berjaya mengembalikan kehangatan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA)?

Pihak pengurusan Terengganu FC percaya pengalaman yang dimiliki oleh Shervoni mampu memberi nilai tambah kepada serangan serta pengalaman Ehsoni ditagih untuk membantu gergasi pantai timur itu mengharungi cabaran Liga Super Malaysia 2025/2026.

Terengganu FC mengalu-alukan kehadiran kedua-dua pemain dan berharap mereka dapat memberikan sumbangan positif sepanjang tempoh bersama pasukan.

Kedua-dua mereka telah menandatangani kontrak selama satu tahun bersama Terengganu FC dan menyatakan komitmen penuh untuk memberikan sumbangan terbaik kepada pasukan.



Tag :

Artikel Berkaitan