KUALA TERENGGANU, 11 Januari - Pegawai Kewangan Terengganu, Dato' Mohd Azmi Mohamad Daham dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu yang ke 28 berkuat kuasa pada Ahad.
Mohd Azmi yang mempunyai pengalaman luas selama 25 tahun dalam perkhidmatan awam akan menggantikan Dato' Nara Setia yang bersara pada 9 Januari 2026.
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Harta Benda), Universiti Teknologi Malaysia dan mempunyai Master Of Commerce (Management), Curtin University Of Technology, Perth, Australia pernah bertugas di Lembaga Sumber Air Terengganu, Pejabat Sultan Terengganu dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.

