KUALA TERENGGANU, 26 November - Situasi banjir di seluruh Terengganu terus mencatatkan trend meningkat hari ini dengan enam daerah mula membuka Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan, sehingga jam 12.00 tengahari tadi, sebanyak 25 PPS telah dibuka melibatkan 1,475 mangsa.
Daerah Marang menjadi tumpuan apabila sebanyak tujuh PPS terpaksa dibuka bagi menempatkan 933 mangsa.
Manakala di Setiu, lapan PPS dibuka semenjak pagi tadi bagi membantu kelancaran pemindahan 258 mangsa.
Daerah-daerah lain yang terlibat adalah Besut (5 PPS), Kuala Terengganu (1 PPS), Dungun (2 PPS) dan Hulu Terengganu (2 PPS).
Setakat ini, tiada sebarang PPS dibuka di daerah Kemaman.