Mareczko Menang Peringkat Ketujuh LTdL

Mareczko (tengah) memenangi peringkat ketujuh LTdL 2017 dari Melaka ke Rembau sejauh 148.1 kilometer. Foto Oleh: Harish Fadzillah Kasim

Pelumba Wilier Triestina, Jakub Mareczko memenangi peringkat ketujuh Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 dari dari Melaka ke Rembau sejauh 148.1kilometer, semalam.

Dia mencatatkan masa tiga jam 23 minit 45 saat untuk muncul pelumba pertama melintasi garisan penamat.
Pelumba UnitedHealthCare Pro Cycling, Travis McCabe muncul naib juara manakala Andrea Palini dari Androni Giocattoli di tempat ketiga.
Mohd Shahrul Mat Amin dari Terengganu Cycling Team (TSG) pula utuh di tempat pertama dalam carta pelumba terbaik negara dengan catatan masa keseluruhan 26 jam 33 minit 59 saat.
Peringkat kelapan dan terakhir hari ini berlangsung dari Setiawangsa ke Putrajaya sejauh 121km.

Tag: