Masjid Undang, Bukit Payung, Tampil Kelainan

 

Ukiran khat ayat-ayat suci al-quran pada mimbar dan hiasan dalaman Masjid Undang, Bukit Payung, Marang pastinya menampilkan kelainan berbanding masjid yang lain.

Idea dan ukiran hasil tangan Allahyarham Sulung Khatib Abas yang juga bekas imam masjid itu bersama beberapa tukang kayu berpengelaman.

Kelainan lain susunan jubin bersaiz segi empat sama di atas bumbung masjid yang mempunyai empat menara dan lima kubah.

Pihak pengurusan sengaja mengekalkan identity itu walaupun struktur binaan masjid diubahsuai sebanyak dua kali.

Pengerusi Jawatankuasa masjid itu, Mohammad Rafee Jusoh berkata, masjid yang mampu memuatkan hampir 1000 jemaah itu turut dikenali sebagai masjid lama atau masjid Pok Dari di kalangan masyarakat kampong kerana telah berusia 97 tahun.

Katanya, walaupun hampir dua abad usianya, tidak lekang menganjurkan pelbagai aktiviti agama pada setiap bulan, semata-mata mahu mengimrahkan Rumah Allah itu.

“Pada Ramadhan pula,hampir 30 program dan aktiviti keagamaan diwujudkan, termasuk program bacaan al-quran 1 juzuk 1 keluarga, tahlil perdana, tadarus al-quran, ceramah menanti sinar Ramadha dan halaqah.

“Langkah itu bertepatan dengan seranan Kerajaan Negeri melalui lapan prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang mahu menjadikan masjid dan surau, sebagai sumber penyatuan,” katanya.                                                                                                                                                                                                                                                                         

Tag: