MB Kejutkan Pengunjung Medan Ilmu Jerteh



Oleh: Muhd Afiq Zohir

BESUT, 25 November- Kehadiran Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengunjungi Medan Ilmu Jerteh (Medan Selera Bandar Jerteh) mengejutkan seluruh pengunjung.

Kunjungan beliau itu bersempena lawatan untuk melihat bangunan serta pembangunan yang terbengkalai di dalam bandar Jerteh.

“ Saya ingin memberi komitmen sebagai pemimpin kerajaan untuk cuba menyelesaikan masalah-masalah yang terbengkalai di daerah ini sama ada dalam bentuk pembinaan dikampung yang berkenaan dan dibandar Jerteh.

“Kita akan cuba cari jalan bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang terbengkalai ini termasuk berbincang dengan pihak yang berkenaan, agensi kerajaan dan sebagainya,” ujarnya ketika berucap kepada pengunjung Medan Ilmu Jerteh, kelmarin.


Beliau juga berpesan kepada masyarakat yang hadir untuk memperbanyakkan berselawat sempena bulan maulidur rasul.

“Kita berada disini pada hari ini, lelaki dan wanita, kecil, tua, muda dan sebagainya dengan berbagai latar belakang marilah kita sama-sama menyahut seruan Nabi Muhammad SAW dan berselawat ke atas baginda,” ujarnya.

Tag: