MB Rai 100 Anak Yatim Di Kemaman


Lebih 3,000 penduduk Kemaman memeriahkan majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Masjid Sultan Ahmad Kemaman, Jalan Astaka semalam.

Ahmad Razif turut meraikan 100 anak-anak yatim dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai dan menyampaikan bantuan hari raya kepada mereka.

Katanya, umat Islam digalakkan supaya mengambil kesempatan pada bulan Ramadan ini untuk meningkatkan amal ibadat selain terus menjalinkan tali persahabatan di kalangan mereka.

“Alhamdulillah ramai yang hadir pada majlis ini dan saya berharap, Ramadan kali ini akan diambil kesempatan untuk kita meningkatkan amal ibadat kita.

“Pada waktu yang sama, ikatan tali persahabatan di kalangan kita juga perlu diberikan perhatian,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa Daerah Kemaman di Masjid Sultan Ahmad, Kemaman semalam.

Majlis berkenaan turut dihadiri, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri, Ir Rosli Othman,

Tuirut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad, Ir Azman Mohd dan Pegawai Daerah Kemaman, Mohd Zahari Azahar serta Pegawai Penyelaras DUN Chukai, Mohamed Awang Tera.

Turut bersama, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kemaman, Ahmad Fikry Ibrahim, ADUN Jabi, Mohd Iskandar Jaafar dan ADUN Chukai, Hanafiah Mat.

Tag: